Thursday, November 19, 2009

.:Sepuluh:. Tahniah!

Picture taken from her parents' blog, without permission. Sorry. Readers please do visit the blog for more details.

Quick update to congratulate one of our married couples
(is there such thing as UN-married coupleS? Yes, and perhaps being friend to them is somewhat annoying).

It is quite late, but I still think the new-born is a source of the happiness for the parents,
so,
again, CONGRATULATION!

May Allah bless the baby and her parents.

**********


Wednesday, November 18, 2009

.:Sembilan:. Sejuk + Belajar


Sekali Tuhan bagi, hujan memang lebat. Betul. Dengan angin kuat. Aku terperangkap dalam Metro, tepi Nil. Sejuknya!

Bermula daripada hari itu, maka musim sejuk mula menggigilkan si kurus Baem..hahaha..

Hamster pun sekarang lebih banyak tidur. Sudahlah hamster itu kuat tidur, makan pun kuat juga. Tuan mereka? Entahlah.


*******

Kelas sudah masuk minggu keenam. Banyak yang telah dipelajari. Makanya, ujian bertulis pula menyusul. Doakan yang terbaik untuk mengumpul 1/3 daripada 20% markah keseluruhan kali ini.

*******

Mesir berpeluang untuk merebut peluang ke Piala Dunia. Play-off dengan Algeria. Habis orang Mesir berpesta. Galaa Street macam ada perayaan. Muka bercontengan belang merah, putih dan hitam. Perempuan, tua muda, sama sahaja berseronok sekali. Pernah mak-cik yang naik bersama teksi bertanya, "kamu sokong mana?"

"Syagga' Masr!" Gembira mak-cik itu. Disuruhnya aku menonton perlawanan kedua Mesir-Algeria. Apakan daya mak-cik, lepas Isha aku terus tidur. Sedar-sedar, senyap sahaja Mansurah. Oh, kalah 1-0 rupanya.

*******
Macam mana hendak menjadi blogger yang baik? Huhu. Untuk Oktober, hanya ade tujuh enti. November? Baru dua. Sekali lagi dengki dengan Baem..hahaha..sorry Baem. Mungkin kena olah sahaja cerita menarik yang berlaku setiap hari. Oh, sebut pasal cerita menarik, lepas exam nanti hendak menulis pasal Thyroid hormone associated diseases and relation with Hanzalah ...haha. Entri pasal akademik pula (bukan Baem seorang sahaja boleh tulis pasal akademik..hahaha)

*******
Doakan untuk ujian bertulis kali ini, juga untuk kawan-kawan yang lain.

Saturday, November 7, 2009

.:Lapan:. Bersikap dengan sikap ahli Neraka juga...

Selalu cerita mengenai diri sendiri, tidak salahkan untuk bercerita di luar lingkungan cerita semasa?

Berada di Mesir, banyak pandangan indah cantik-bahagia-belaka sewaktu di Malaysia dahulu meleset satu-persatu. Terutamanya, pandangan mengenai sikap masyarakat Arab Mesir di sini.

Jangan salah faham.

A. Pandangan-pandangan yang dicipta sebelum terbang ke bumi ini tidak lebih merupakan angan-angan mentah tanpa sebarang fakta, lebih-lebih lagi pandangan itu keluar daripada remaja yang baru hendak mengenal dunia!

B. Maaf, bukan semua Arab sebegitu teruk. Sesetengah individu di dalam komuniti ini sahaja, terutamanya yang berkaitan dengan duit dan sistem pentadbiran, tentunya.

Jika ditanya kepada kebanyakan kita yang berpeluang berada di sini mengenai komuniti Arab Mesir, tentu pelbagai cerita buruk-hodoh-keji-hina yang akan didengari. Tanyalah sesiapa pun, pasti masing-masing memiliki cerita sendiri mengenai sikap
buruk individu Arab Mesir yang yang terpaksa dihadapi.

Persoalannya, adakah akhlak buruk mereka perlu dibalas dengan kita juga bersikap seperti sikap ahli Neraka?

Ya, sikap ahli Neraka.
Bunyinya agak keras. Konotasinya menyakitkan hati. Tetapi itulah hakikat. Sering kali kita tidak mahu merendahkan ego, sebaliknya selalu membalas untuk menunjukkan betapa superiornya kita berbanding mereka.

Kononnya jika tidak membalas, tidak dimaki, tidak dimarah, nampak sangat kita ini lembik, "serah kepala untuk dipijak-pijak".

Cerita ini tidak terhad dalam hubungan komuniti Melayu dengan Arab Mesir sahaja, bahkan turut melibatkan sesama bangsa sendiri yang menumpang belajar di sini.


Hujahnya, "Kalau tak dimarah, memang lambat la Arab ni buat kerja. Bukrah, bukrah, bukrah!!!", Itulah ayat yang keluar apabila ditanya selepas selesai me"ibnu syar****, ya ibn k***, ya hi**r, yakhrab baitak, kush u***k" si Arab di salah sebuah institusi kerajaan Mesir.

Atau,
"En. *** memang macam tu. Dia dah tak faham bahasa profesional dah. Konon ada MA, ada PhD, tapi kerja semua politik belaka. Anjing kerajaan. Memang sudah sampai satu tahap; rundingan, dialog tak jalan dah, memang kita kena cakap keras dengan dia", tulis seseorang yang mengaku 'MAHASISWA' di dalam satu ruangan di internet, dalam memperkatakan mengenai tindakan seorang pegawai di sebuah jabatan di bawah kerajaan Malaysia.

Jika benar persepsi saya mengenai Arab Mesir ini b
uruk, makanya lebih buruk lagi persepsi saya mengenai manusia, Arab mahupun Melayu, yang membalas keburukan orang lain dengan kejahatan juga.

Membalas dengan kejahatan juga, itulah sikap ahli Neraka.


Tak percaya?

Siapa yang memang telah ditentukan tempatnya nanti di Akhirat sebagai ahli Neraka? Iblis bukan? Teliti dialog Iblis dengan Allah ketika Iblis enggan sujud kepada Adam dalam surah as-Sad, ayat 73-85.

“Kalau demikian, keluarlah engkau daripadanya, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang diusir dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari Kiamat!”.


Tiada yang mendapat laknat Tuhan terus menerus hingga hari Kiamat, melainkan tempatnya telah tersedia di Neraka.

Sekarang sebagai seorang penghuni Neraka, iblis mempunyai sikap dendam. Dendam dengan Adam kerana berasakan dirinya lebih mulia daripada Adam.


"Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripadanya; Engkau (Wahai Tuhanku) ciptakan daku dari api, sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”.

Lantas Iblis yang memang sombong dan takbur, membalas dendam akibat dihukum Allah kepada Adam dan keturunannya,

"Iblis berkata: “Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhan
ku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu (zuriat Adam) yang dibersihkan”.

Inilah yang saya maksudkan dengan bersikap dengan sikap ahli Neraka- membalas dengan kejahatan. Sebab rasa sombong, takbur atau superior tadi. Atau berasa diri tidak boleh direndah-rendahkan.


Sabar sebahagian daripada iman?

Dalam kehidupan ini, walaupun saya sendiri baru menjangkau usia dekad ke-20, namun saya pasti kita pasti akan berhadapan dengan ramai orang yang bersikap dengan salah satu atau beberapa sikap ahli Neraka; mungkir janji, membalas dendam, ego, sombong, takbur.

Namun, perlukah kita juga turut bersikap dengan akhlak yang sama? Orang menganiayai, mengkhianati, memungkiri, memarahi atau berlaku sombong, berlagak ego dengan kita, haruskah kita juga turut serta bermain dalam perangkap Iblis ini?

Tiadakah jalan yang lebih baik untuk berhadapan jelmaan sikap Iblis dalam diri manusia itu?

Ada, bahkan telah lama digariskan Tuhan sendiri dalam al-Quran,

"Dan mintalah pertolongan (daripada Allah) dengan jalan sabar dan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyuk".
(al-Baqarah:45)

Jalan sabar. Jika kita beriman dengan Allah, yakin dengan pertolongan-Nya, maka pilihlah jalan sabar itu. Buktikan anda menyempurnakan iman dengan memilih jalan sabar.


Boleh jadi sabar itu dengan berdiam diri, atau mengasingkan diri buat seketika. Boleh jadi juga sabar itu dalam bentuk bicara yang sopan, atau bertingkah yang berhemah. Anda mempunyai akal bukan? Berfikirlah sendiri untuk bersabar dalam menghadapi situasi itu.

Sabar tidak bermaksud kita ini pasif!

Namun, harus juga kita bertanya kepada diri sendiri, mengapa manusia itu bersikap keras dengan aku, bersikap dengan sikap ahli Neraka kepada aku? Di sinilah letaknya kepentingan bermuhasabah.

"Bermuhasabalah sebelum kamu dihisab (di Akhirat)", kata Omar r.a.


Boleh jadi manusia memarahi, mengkhianati atau berlagak dengan kita atas sebab salah diri sendiri. Ini salah satu sebab mengapa kejahatan orang lain tidak harus dibalas dengan kejahatan juga.


Jika atas sebab kesilapan sendiri, akui kesilapan tersebut. Humban jauh-jauh rasa ego tersebut, sebab rasa ego itulah yang mencampakkan Iblis ke Neraka. Ambil iktibar Adam, apabila Tuhan juga mengeluarkan Adam dan Hawa daripada Syurga, setelah cuai arahan Allah.


"Mereka berdua berkata: “Wahai Tuhan kami, Kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalaulah Engkau tidak mengampunkan kami dan kasihani kami, nescaya kami tergolong daripada orang-orang yang rugi”.
(al-A'araf:23)

Indahnya akhlak Nabi pertama itu apabila mengakui kesilapan sendiri, lantas memohon ampun dengan Tuhan. Bandingkan pula Iblis, setelah ingkar kepada Allah, bahkan dengan lebih ego dan sombong dan tidak memohon keampunan Tuhannya, dan mencabar kekuasaan Penciptanya sendiri.

Inilah yang menyebabkan Iblis tercampak ke Neraka, walaupun kedua-duanya Adam dan Iblis sama-sama melakukan kesalahan, tidak patuh kepada Allah.

Jika inilah kesempatannya, maka inilah masanya untuk kita menjadi manusia yang tidak disesatkan Iblis, manusia yang Tuhan bersihkan hatinya.


Kita zuriat Adam, maka bersikaplah dengan sikap Adam. Kita bukan zuriat Iblis, maka jauhilah sikap ahli Neraka itu.


Saya bukan yang terbaik, sebab masih banyak yang perlu saya belajar, dan saya perlu selalu belajar untuk bersabar. Mungkin jawapan yang terbaik apabila ditanya 'kenapa diam? Kalau aku kena marah macam kau, aku maki balik' atau 'kenapa tak marah Arab kedai tu, nak bagi kepala suruh pijak?', mungkin jawapan yang terbaik ialah,

"Saya tidak mahu bersikap dengan sikap ahli Neraka. Dia nak marah bising-bising, nak mungkir janji, biar dialah yang berperangai ahli Neraka, takkan saya nak join sekali?
"

Tegur saya jika saya bercakap tak serupa bikin, kita semua hendak menjadi ahli Syurga, bukan?

Monday, October 26, 2009

.:Tujuh:.Semoga Dipanjangkan Umur Dalam Keberkatan

17 OKTOBER 2009

Terima kasih kepada kamu, kamu, kamu dan kamu juga. Serta kepada mereka, terima kasih.

MERCI!

Last hour cake. Dapat kek ais krim. Bentuk hati. Mereka kata, "Hati Sepol kena toreh dengan pisau, hati die memang remuk dah, orang tak ingat ke hari jadi die," Whatever...

Sedap makanan. Harga? "Boleh tahan"

Sorry. Muka sudah mengantuk. Memang, sebab mengajak orang makan apabila jam sudah melebihi 10.00 malam. Mereka sahaja segar. Apakan daya, kelas hari itu sehingga jam 5.00 petang.

Jalan-jalan di tepian (la sangat, ke tengah-tengah?) Sungai Nil selepas bersantap, kot-kot bakar kalori daripada makanan tadi.

Ramai yang mengucap selamat. Ada yang ucap dengan kerepek bawang. Terima kasih sekali lagi.

************

Umur sudah melepasi dekad kedua kehidupan. Entah berapa dekad lagi tinggal. Tuhan sahaja tahu.

Jika ditakdirkan mati, adakah mizanul hasanat memberat berbanding mizanul sayyiat? Ini, diri sendiri kena ukur. Tuhan tahu, dan lebih tahu sebab Tuhan tahu masa hadapan.

Doakan saya. Saya hanya insan kerdil, lebih kerdil berbanding orang lain. Doa senjata Mukmin. Dengan senjata kita berjalan lebih gagah dan kuat, betul? Maka pohon doa anda sebagai senjata saya.

Ada banyak benda yang hendak dicapai dalam hidup ini. Sebahagian kecil telah dicapai. Lain-lain, saya kena lebih berusaha.

Doakan saya, yang terbaik untuk saya!

Moga Tuhan panjangkan umur di sini dalam keberkatan, dan di sana dalam kebaikan.


Sunday, October 11, 2009

.:Enam:.The OFFICIAL First Day of Kulliyyah


OMG, my faculty is like the one in Andalas and Padang.

Since the faculty has received more and more Malaysian students, it seems like the faculty really makes a fortune....no kidding. With the rise of tuition fees and total number of students like 1000++, no wonder they want to renovate the old buildings.

Yes, this is the renovation progress which takes place in my faculty, and those things are dumped in the hallway to the lecture hall. At the first sight we thought that we were in Padang, where the universities are collapsed due to the earthquakes, hahaha..

But still, thanks to the University, we got the chance in this year to have a newly renovated lecture hall, with proper air-conditioning (Egypt is HOT, but winter is approaching), and we finally started our first day of kulliyyah in this lecture hall with more shocking news...

Our lovely Anatomy lecturer, Prof. Dr. Huda et-Tahri made an announcement, which have been a great havoc in Facebook, I think. There will be four exams this year; midterm 1, midyear, midterm 2 and final exams. There will also be changes in marking format. While the written in final exam still constitutes 50% of the marks, there will be additional exams, as previously mentioned, students presentations (OMG, help me!) and in-group students activities.

Again thanks to the University, now we have to always study and study and study....
(it should be like this, right? because I am a medical student???)

Never mind, let's talk about the classes.

I woke up earlier, went to the University on time, and I was upset because there were changes in our time table. Our new time-table is not that pack, so pray for me that I will be spared from group 13 (This group will have practical session up to 6 p.m.. Here, 6 p.m. is like 9 p.m. in Malaysia).

The latest second year time table

Having been to University an hour earlier than our supposed class, we just hanged out and ngumpat-ngumpat mana yang patut dan dibenar, hahaha. So yesterday, 10 October 2009, we had lectures for all the subjects; Anatomy, Physiology, Histology and Biochemistry from 11.00 a.m. to 5 p.m.. They were all quite interesting, since they will be all new things to be learned.

I may have practical sessions today, but I don't think they will be any of them since it is the first week of class and normally they will only start on the second or third ones. And if this information is wrong, then I have a great excuse not to attend one. I catch a fever and it is the University regulation for the students to stay at home while sick to decrease the risk of infection.

Hope I'll get well soon, because tomorrow I will have lectures. Pray for me, will you?

Tuesday, October 6, 2009

.:Lima:. Mansurah berkocak

Jalan menjadi lecah, genang air mengumpul debu-debu Mesir menjadi lumpur. Kalau berjalan, kotorlah kaki.

Bumi Mansurah berkocak. Bukan seperti di Padang ye.
*Kalau tidak kami kena naik chopper deck tentera. Tak nak!!!!

Berkocak sebab air bergenang. Bagaimana air boleh bergenang. Sebab hujan turun.

Sudah lama benar Mansurah kepanasan. Alhamdulillah, hari ini Tuhan turunkan rahmat seawal pagi. Bangkit Subuh, bumi ini sedang disirami air. Nyamannya, Tuhan sahaja yang tahu. Nasib baik kelas belum bermula secara rasmi, jika tidak, mahu terlelap jadinya.

Hamster berkebetulan diletak di luar. Kasihan, mereka kesejukan akibat hujan. Apa-apa pun, musim sejuk semakin mampir, nampaknya hamster ini akan sentiasa tidur dan hanya bangun untuk makan sahaja. harap-harap manusia tidak sebegitu.

Hati pun berkocak juga. Minggu ini saya dan mereka dapat pengajaran baharu.

Orang sekeliling anda sentiasa mengambil berat tentang anda. Hargai mereka. Jika tidak, mereka mungkin akan memberi 'pengajaran' yang terbaik untuk anda sentiasa ingat.

Jangan ingat anda berseorangan. Nilai tindakan anda agar anda tidak melupakan palang menyakitkan palang menyusahkan orang sekeliling. Jika tidak, reaksi mereka mungkin sesuatu yang anda akan berasa tidak senang.

Gambar 'boleh jadi' tiada kena-mengena dengan entri.

Thursday, October 1, 2009

.:Empat:. New Term Begins


Jangan tertipu dengan slot-slot kosong di dalam jadual, sebab bakal terisi dengan slot tutorial.

This entry's title is in English. Tetapi saya hendak menulis di dalam Bahasa Melayu.

Atas sebab pandemik H1N1 yang melanda seluruh dunia, termasuk di Mesir, kerajaan republik ini mengumumkan semua sesi kuliah dan sesi persekolahan di negara ini ditangguhkan dan akan dimulakan hanya pada 3 Oktober 2009, lewat dua minggu berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tidak kisah pun, yang penting kelas palang kuliah mesti dimulakan. Saya secara peribadi, tidak sabar-sabar hendak memulakan sesi yang baru. Yup, sesi baru 2009/2010. Sebelum ini, sesi 2008/2009 pun sesi baru juga. Baru palang lama. Haha.

Keputusan peperiksaan sebelum itu lagi sudah diumumkan. Syukur sujud saya kepada Tuhan, sebab saya lulus juga akhirnya dan tidak perlu mengulang mana-mana kertas. Tahniah jua kepada rakan-rakan lain. Simpati saya kepada mana-mana yang tidak bernasib baik. Ingat, saya pernah berada di tempat anda. Saya sendiri pernah merasai pedihnya, dan sayalah antara mereka yang paling memahami apa yang anda rasakan waktu ini. Apa-apa pun, saya sentiasa menyokong anda. Buatlah yang terbaik untuk tahun ini pula. Doa saya sentiasa menyusul.

Jadual kuliah sudah ditampal. Kuliah akan berlangsung 6 hari seminggu, kecuali pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, kuliah saya tidak sepadat mana. Ada hari yang tidak mempunyai sebarang kuliah. Namun saya yakin, hari yang kosong itu bakal terisi dengan mana-mana pensyarah yang akan memberi syarahan untuk mengejar silibus yang begitu banyak tahun ini.

Buku-buku kebanyakannya telah dibeli. Ya Rabb, mahalnya buku-buku itu. Apakan daya, hendak dapatkan buku amali, perlu dibeli satu set bersekali dengan buku-buku teks keluaran jabatan. Untuk belajar, perlulah potong mana-mana bajet berjalan atau membeli belah. Apakan daya, kita bukan macam orang lain....

Apa-apa pun, doakan saya mengharungi tahun yang mendatang ini. Perjalanan masih jauh, masih panjang. Moga Tuhan sentiasa bersama...

.:Tiga:. Raya @Perantauan


Siapa kata beraya di perantauan 'tak best' ?
Mungkin ada benar. Tetapi untuk
manusia yang pertama kali beraya di perantauan - macam saya,

"So many foods, so little men"

HAHA! Memang best beraya di Mansoura tahun ini. Bohong kalau cakap tidak sedih beraya tanpa keluarga di sisi, tetapi sekurang-kurangnya tidak salah kalau saya hendak bergembira pada pagi raya, betul tak?

Program raya di Mansurah dimulakan dengan majlis takbir pada malam raya (terima kasih untuk warga wanita Mansurah yang sudi tolong buat kuih untuk majlis itu) dan seterusnya kami pelajar lelaki yang hanya tinggal tak berapa kerat (kata orang Perak) ini bergotong royong memasak juadah untuk dihidangkan di pagi raya.

Kasihan kepada kami, ada yang tidak tidur malam (atau dapat tidur tetapi sekejap sangat) untuk memasak mi rebus, rendang, lontong, kuah kacang, bergedil, cucur, dan macam - macam lagi (same goes to pelajar perempuan).

Beberapa hari sebelum raya, sibuk membakar biskut Mazola (literally, membakar)

Majlis di sebelah pagi raya bermula secara ber
asingan antara pelajar lelaki dengan perempuan. Kami pelajar lelaki berkumpul (at none other than my very own house) sejurus selepas solat sunat Aidilfitri. Saya berkesempatan solat di Masjid Sallab bersama Syazriq dan Zul Akmal. Bacaan Imam syahdu dan sedap, terasa seperti mendengar bacaan di radio tetapi sayang sebab Imam hanya membaca surah al-Alaq dan al-Kafirun sahaja. Ikut bertakbir bersama Arab, takbirnya keras dan bersemangat tidak seperti Melayu yang mendayu serta menghibakan.

Kami solat di luar sahaja, bukan sebab lambat, tetapi memang solat berjemaah dengan Imamnya sekali di perkarangan masjid.

Imam sedang berkhutbah. Rasa-rasa hari itu macam dengar ada satu khutbah sahaja. Entah!

Dengan Imam. Pakai jubah, kalau pakai baju Melayu jenuh berjawab dengan Arab.

Majlis di pagi raya itu penuh dengan bermacam hidangan. Juadah yang lazim di pagi raya kebanyakannya ada - lontong, nasi himpit, rendang ayam, kuah kacang. Siap ada mi rebus lagi. Kuih - muih, jangan cakap. Memang banyak pilihan. Pelajar perempuan turut membuat roti jala dengan Ayam Kuzi. Kerepek sahaja yang tidak kelihatan.

SEBAHAGIAN daripada juadah yang dihidangkan. Sebahagian lagi AJK sedang sediakan untuk dihidang di dapur.

Kami tidak ramai, sekitar 30 orang sahaja. Bersusah payah juga menghabiskan makanan.


Habis majlis, 1Mansurah tidur mati. Penat sangat bergotong - royong memasak.


Jangan tanya saya idea siapa ini. Yang pasti, memang jadi karutan di pagi raya.

Kad raya PERUBATAN Cawangan Mansurah. Semua pakat-pakat tandatangan.

Hari raya kedua, saya berpeluang beraya di Rumah Kedah Baru di Kaherah. Berjumpa dengan rakan, senior, junior di Sekolah Izzuddin Shah dahulu, saya tidak sangka ramai juga bilangan kami di Mesir ini. Tahniah kepada mereka yang baru sampai dan berpeluang belajar di Ard el-Kinanah ini.

Apa-apa pun, tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!

Min el-aidin wa el-faizin.







.:Dua:. Life Is What They Call Experience.

Huhu. Time's moving bloody fast, isn't it?
Seriously I feel like I just began the summer holiday in July (mine a little bit earlier than others, since my exams ended in mid June).
Than I spent nearly a week in Matrouh, what a nice beach.

Family beach. Here the sea is not so deep and the current is not so strong that I thought I was swimming in a pool!

Agibah (magnificent, wonderful) beach.

Hamam (Bathroom?) Cleopatra, Queen of Egypt. The interior of this big rock was curved so that sea-water will impound inside making a pool and that lovely Queen could what? I don't think she could swim inside it.

Abyad (white) beach.

After that I got a chance to go to an oasis named Fayyoum. Went to a mango farm and to a so-called waterfall which drains into a lake (an oasis actually). I also saw the punishment of Allah to Qarun, which happened to be a cadaver-like-smell lake. O Allah, that lake is so big, how wealth the Qarun actually was? But nonetheless, that wealth are useless if one turns against Allah's commends.

Qarun lake.

Sun flowers farm.

Mango farm.

They even plant grapes in that farm. Here in Egypt, grapes are grew in summer.

Waterfall. I made a jump-dive. Seriously, it was AWESOME!

What we call these ones? Yeah, WATERMILLS. The technology of watermills in Egypt can be traced back to the Pharaoh ages, and they said that these mills came from Prophet Yousef era, which I personally doubted it since these mills were made from woods and they have been damped in water so long that I think they cannot last for thousands years. (Hello, Prophet Yousef was the ancestor of Prophet Mosses, remember?)

Then I got my result, which make me smile a lot but still I
failed one paper which I have to resit for that paper in the end of August.

And subsequently, Ramadhan el-Kareem finally came. The celebration of fasting was somehow meaning something to me. I learned a great lesson this Ramadhan.

'So many things, yet so little times'

.:Satu:. My Very First Entry

Assalamualaikum, السلام عليكم

Shalom Aleichem, שָׁלוֹם עֲלֵיכֶם

Sliem għalikhom,

Bonjour


This is my very own blog, and this will be my very first entry.

Just wanna introduce myself to this so-called blogging world, that I am myself, not a copy of others.

So my blog, my life, my style, my thought,

MYSELF!

But still, I am a living human - in every flesh and blood.

And as a human being, I am not 'maksum' and that 'thiqah' - to a certain extent.

But life is so full of challenges, and it is an adventure!

So I'm Goin' Through myself to overcome my weakness(es?) and to achieve my goal of life,

YES, I have to learn, and always learn!

*Do me a favor, will you? I'll always open myself to any critics, opinions, preachings, teachings, etc. etc. So why don't you be my partner, my tutor, my teacher, and my naqib for me to Goin' Through this life?