Monday, July 16, 2012

.:32:. Mother

My mom is being admitted to the hospital today! Allah! I feel really sad. I just keep it to myself today, and pray that my mom will get better soon.

.:31:. Exam dan Malaysia

Alhamdulillah, selesai 4 subjek untuk peperiksaan akhir tahun. Ada satu subjek lagi berbaki, dan seterusnya aku akan menikmati cuti tanpa perlu memikirkan apa jua pelajaran selama hampir 3 bulan lamanya. YAY!

Tetapi peluangku untuk pulang bercuti ke Malaysia kali ini tampaknya agak tipis. Soal harga tiket dan kemampuan, tentunya. Agak terlambat apabila aku memaklumkan keinginan untuk membeli tiket kapal terbang, kerana harganya kini telah melambung naik. ALLAH! Mungkinkah aku beraya di Mesir untuk kali kedua berturut-turut? Entahlah. Aku hanya menantikan perancangan ALLAH.

Mungkin jika tidak pulang ke Malaysia, aku akan habiskan masa di Kaherah, berehat-rehat di bilik Hafizuddeen di DMAK, menunai solat tarawih di masjid-masjid utama seitar Kaherah, masjid Azhar tentunya, berimamkan Imam yang bersuara lunak menyentuh qalbuku apabila membaca kalam-kalam Tuhan!

Wallahuaalam. Ini semuanya adalah perancangan semata-mata. Tengoklah nanti bagaimana perjalan takdir.