Thursday, October 1, 2009

.:Empat:. New Term Begins


Jangan tertipu dengan slot-slot kosong di dalam jadual, sebab bakal terisi dengan slot tutorial.

This entry's title is in English. Tetapi saya hendak menulis di dalam Bahasa Melayu.

Atas sebab pandemik H1N1 yang melanda seluruh dunia, termasuk di Mesir, kerajaan republik ini mengumumkan semua sesi kuliah dan sesi persekolahan di negara ini ditangguhkan dan akan dimulakan hanya pada 3 Oktober 2009, lewat dua minggu berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Tidak kisah pun, yang penting kelas palang kuliah mesti dimulakan. Saya secara peribadi, tidak sabar-sabar hendak memulakan sesi yang baru. Yup, sesi baru 2009/2010. Sebelum ini, sesi 2008/2009 pun sesi baru juga. Baru palang lama. Haha.

Keputusan peperiksaan sebelum itu lagi sudah diumumkan. Syukur sujud saya kepada Tuhan, sebab saya lulus juga akhirnya dan tidak perlu mengulang mana-mana kertas. Tahniah jua kepada rakan-rakan lain. Simpati saya kepada mana-mana yang tidak bernasib baik. Ingat, saya pernah berada di tempat anda. Saya sendiri pernah merasai pedihnya, dan sayalah antara mereka yang paling memahami apa yang anda rasakan waktu ini. Apa-apa pun, saya sentiasa menyokong anda. Buatlah yang terbaik untuk tahun ini pula. Doa saya sentiasa menyusul.

Jadual kuliah sudah ditampal. Kuliah akan berlangsung 6 hari seminggu, kecuali pada hari Jumaat. Walau bagaimanapun, kuliah saya tidak sepadat mana. Ada hari yang tidak mempunyai sebarang kuliah. Namun saya yakin, hari yang kosong itu bakal terisi dengan mana-mana pensyarah yang akan memberi syarahan untuk mengejar silibus yang begitu banyak tahun ini.

Buku-buku kebanyakannya telah dibeli. Ya Rabb, mahalnya buku-buku itu. Apakan daya, hendak dapatkan buku amali, perlu dibeli satu set bersekali dengan buku-buku teks keluaran jabatan. Untuk belajar, perlulah potong mana-mana bajet berjalan atau membeli belah. Apakan daya, kita bukan macam orang lain....

Apa-apa pun, doakan saya mengharungi tahun yang mendatang ini. Perjalanan masih jauh, masih panjang. Moga Tuhan sentiasa bersama...

No comments:

Post a Comment