
Siapa kata beraya di perantauan 'tak best' ?
Mungkin ada benar. Tetapi untuk manusia yang pertama kali beraya di perantauan - macam saya,
"So many foods, so little men"
HAHA! Memang best beraya di Mansoura tahun ini. Bohong kalau cakap tidak sedih beraya tanpa keluarga di sisi, tetapi sekurang-kurangnya tidak salah kalau saya hendak bergembira pada pagi raya, betul tak?
Program raya di Mansurah dimulakan dengan majlis takbir pada malam raya (terima kasih untuk warga wanita Mansurah yang sudi tolong buat kuih untuk majlis itu) dan seterusnya kami pelajar lelaki yang hanya tinggal tak berapa kerat (kata orang Perak) ini bergotong royong memasak juadah untuk dihidangkan di pagi raya.
Kasihan kepada kami, ada yang tidak tidur malam (atau dapat tidur tetapi sekejap sangat) untuk memasak mi rebus, rendang, lontong, kuah kacang, bergedil, cucur, dan macam - macam lagi (same goes to pelajar perempuan).
Majlis di sebelah pagi raya bermula secara berasingan antara pelajar lelaki dengan perempuan. Kami pelajar lelaki berkumpul (at none other than my very own house) sejurus selepas solat sunat Aidilfitri. Saya berkesempatan solat di Masjid Sallab bersama Syazriq dan Zul Akmal. Bacaan Imam syahdu dan sedap, terasa seperti mendengar bacaan di radio tetapi sayang sebab Imam hanya membaca surah al-Alaq dan al-Kafirun sahaja. Ikut bertakbir bersama Arab, takbirnya keras dan bersemangat tidak seperti Melayu yang mendayu serta menghibakan.
.jpg)
.jpg)
+-+Copy.jpg)


Kami tidak ramai, sekitar 30 orang sahaja. Bersusah payah juga menghabiskan makanan.

Habis majlis, 1Mansurah tidur mati. Penat sangat bergotong - royong memasak.

Jangan tanya saya idea siapa ini. Yang pasti, memang jadi karutan di pagi raya.
Kad raya PERUBATAN Cawangan Mansurah. Semua pakat-pakat tandatangan.

Hari raya kedua, saya berpeluang beraya di Rumah Kedah Baru di Kaherah. Berjumpa dengan rakan, senior, junior di Sekolah Izzuddin Shah dahulu, saya tidak sangka ramai juga bilangan kami di Mesir ini. Tahniah kepada mereka yang baru sampai dan berpeluang belajar di Ard el-Kinanah ini.
Apa-apa pun, tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua!
Min el-aidin wa el-faizin.
No comments:
Post a Comment