Wednesday, November 18, 2009

.:Sembilan:. Sejuk + Belajar


Sekali Tuhan bagi, hujan memang lebat. Betul. Dengan angin kuat. Aku terperangkap dalam Metro, tepi Nil. Sejuknya!

Bermula daripada hari itu, maka musim sejuk mula menggigilkan si kurus Baem..hahaha..

Hamster pun sekarang lebih banyak tidur. Sudahlah hamster itu kuat tidur, makan pun kuat juga. Tuan mereka? Entahlah.


*******

Kelas sudah masuk minggu keenam. Banyak yang telah dipelajari. Makanya, ujian bertulis pula menyusul. Doakan yang terbaik untuk mengumpul 1/3 daripada 20% markah keseluruhan kali ini.

*******

Mesir berpeluang untuk merebut peluang ke Piala Dunia. Play-off dengan Algeria. Habis orang Mesir berpesta. Galaa Street macam ada perayaan. Muka bercontengan belang merah, putih dan hitam. Perempuan, tua muda, sama sahaja berseronok sekali. Pernah mak-cik yang naik bersama teksi bertanya, "kamu sokong mana?"

"Syagga' Masr!" Gembira mak-cik itu. Disuruhnya aku menonton perlawanan kedua Mesir-Algeria. Apakan daya mak-cik, lepas Isha aku terus tidur. Sedar-sedar, senyap sahaja Mansurah. Oh, kalah 1-0 rupanya.

*******
Macam mana hendak menjadi blogger yang baik? Huhu. Untuk Oktober, hanya ade tujuh enti. November? Baru dua. Sekali lagi dengki dengan Baem..hahaha..sorry Baem. Mungkin kena olah sahaja cerita menarik yang berlaku setiap hari. Oh, sebut pasal cerita menarik, lepas exam nanti hendak menulis pasal Thyroid hormone associated diseases and relation with Hanzalah ...haha. Entri pasal akademik pula (bukan Baem seorang sahaja boleh tulis pasal akademik..hahaha)

*******
Doakan untuk ujian bertulis kali ini, juga untuk kawan-kawan yang lain.

4 comments:

  1. Sape la yg malang bernama baem tu, free2 je dpt publisiti murahan kat sini..haha

    ReplyDelete
  2. Menarik blog nta. Bnyk yg perlu dipelajari drpd nta.

    ReplyDelete
  3. Tiada apa yang menarik, seyesly...haha...banyak yang SAYA kena belajar lagi...nasib baik ade Baem

    ReplyDelete