Baguslah. Yang penting hidup kamu secara sederhana, tidak menunjuk-nunjuk mewah, takut-takut perbelanjaan melebihi pendapatan. Nanti susah di kemudian hari.
Dan jangan pula berniaga secara tidak semenggah.
Begini:
Formula 1:
Peluang perniagaan orang lain diperlekeh-lekehkan dan diburuk-burukkan. Biasalah di dalam perniagaan, persaingan pasti wujud. Sikap iri hati dan cemburu tidak boleh dielakkan. Namun jangan disalurkan perasaan menjadi kelakuan dengan memburuk-burukkan peniaga lain. Peluang sama rata lah. Siapa yang lebih promosi, servis bagus, orang pun tertarik, dapatlah kamu tender!
Jangan dibuat perangai tidak cukup jantan ini,
Formula 2:
Buat-buat prihatin dengan masyarakat sekeliling, melalui medium politik. Tak kira lah masuk UMNO, atau berjuang dalam PAS jika di Kelantan, konon-kononnya mudah untuk mendapat tender berniaga. Saya seronok anda hendak membela rakyat melalui politik. Sekurang-kurangnya, amai rakyat boleh mohon derma anak hendak masuk universiti. Tetapi dengan niat hendak rebut tender, tak usah lah. Perbetulkan niat dahulu, bertanding atas gelanggang tanah yang sama rata, dan rezeki hasil perniagaan, kongsi dengan masyarakat.
Formula 3:
Saya belum jumpa lagi.
Huhu.
Eh, baru teringat! Berniaga dengan 'duit yang lalu di bawah meja'. Ada cerita yang saya dengar. Cerita betul pun. Namun tidak boleh diceritakan di sini. Again, please lah! Bersainglah dalam perniagaan di atas gelanggang yang sama rata!
**********
Apa yang saya hendak bincangkan hanyalah 'strategi' perniagaan yang melibatkan persaingan dengan peniaga lain. Saya tidak menyentuh mengenai keupayaan peniaga seperti tadbir urus korporat yang bagus, aliran tunai yang lancar atau mesra pekerja. Itu semua tanggungjawab di dalam perniagaan.
Saya menulis sekadar berasa kesal di dalam hati, dengan apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ayahnya kini menjalankan perniagaan, mendedahkan saya kepada perilaku-perilaku sebegini.
Ibu dan Ayah saya kata, jangan kamu terlibat dengan benda-benda sebegini, takut-takut rezeki tidak berkat, sebab rezeki itulah yang hendak bagi keluarga makan dan anak bersekolah. Kalau Tuhan tidak membalas di Akhirat, takut-takut Tuhan balas di dunia dengan keluarga yang tidak harmoni, atau anak-anak yang 'tidak menjadi'.
Tuhan, aku bersyukur kepada Engkau dengan limpahan rahmat-Mu kepada keluarga kami.
Ameen.
No comments:
Post a Comment