Semasa mesyuarat bulanan UPI yang lalu, saya telah memberikan tazkirah impromptu kepada AJK yang lain, dan izinkan saya mencoret kembali dengan penjelasan yang lebih lanjut buat tatapan pembaca.
*************
Abang-abang dan kakak-kakak,
Suatu ketika, ini zaman dahulu kala lah, tatkala Islam belum sampai ke Nabi Muhammad lagi, masyarakat Arab waktu itu sungguh-sungguh berada dalam kejahilan. Jahil sungguh lah kata orang, sebab ilmu apa pun tak da. Berniaga menipu, nasib pakai tilik, wanita macam hamba, anak perempuan dibunuh.
Nasib baik mereka ini pandai navigasi guna bintang, kalau tidak, terperuk lah duduk di Mekah, hendak berniaga pun tak tahu macam mana hendak ke Syam.
Waktu itu, suku Quraish menjadi pimpinan di Mekah. Mereka ini orang-orang terhormat.
Dan daripada keturunan terhormat ini lah, lahir Muhammad s.a.w.
Abang-abang dan kakak-kakak,
Cuba kita renung sat, rupa mana lah Nabi Muhammad harus berdakwah kepada masyarakat yang bahasa kasarnya, bodoh lah. Bukan jahil itu serupakah maknanya dengan bodoh.
Dan apa yang menyebabkan jumlah penganut hanya dalam kalangan kaum keluarga, sahabat handai yang kita panggil as-Sabiqun al-Awwalun ini, akhirnya penganut Islam kini merupakan agama kedua terbesar di dunia?
Kerana mereka mempunyai MATLAMAT.
Abang-abang dan kakak-kakak,
Cuba ingat kembali, dialog Nabi Muhammad dengan Abu Talib, sewaktu Abu Talib meminta Nabi Muhammad berhenti berdakwah. Apa kata Nabi?
“ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”
Fikirkan, mengapa Nabi tidak mahu berhenti menyebarkan Islam, sedangkan orang sudah menawarkan jawatan pemerintah Mekah, harta dan perempuan kepada Nabi?
Kerana Nabi Muhammad, dan kaum Muslim itu percaya dengan,
“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.
Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu”. (At- Taubah 111-112)
Abang-abang dan kakak-kakak,
MATLAMAT mereka ialah kehidupan abadi di Akhirat, bersama-sama Tuhan yang menciptakan mereka. Matlamat mereka ialah mengejar kesenangan syurga, berbanding keindahan hidup di dunia.
Ingatkan kisah pemulauan terhadap orang Islam selama tiga tahun di Mekah?
Mereka sungguh-sungguh terus kekal kepada kepercayaan dengan Tuhan yang satu, sedikit pun iman mereka tidak goyah, walau dipulau masyarakat sekeliling, sampai makanan apa pun tak da.
Abang-abang dan kakak-kakak,
Mereka percaya Islam akan menang, dan untuk itu perlu untuk mereka mengembangkan Islam.
Ingat balik waktu perang Khandaq, Nabi Muhammad memukul batu besar, dan terpancar cahaya daripada batu tersebut. Lalu Nabi sebut, yang Baginda nampak Islam akan menawan Constantinople.
Ape ke hey nye, abang-abang dan kakak, bayangkan kita tengah dok gali parit nak lawan kafir di benteng negeri sendiri, mampukah kita nak tawan kota terbesar di dunia pada waktu itu?
Tetapi orang Islam ini percaya, dan yakin, sebab MATLAMAT mereka ialah mendapatkan apa yang dijanjikan Allah dalam ayat di atas.
Mereka mencuba dan mencuba, dimulai dengan kesungguhan Abu Ayyub al-Ansari, dan hanya selepas 800 tahun, ye abang-abang dan kakak-kakak, selepas 800 tahun, baru Constantinople berjaya ditawan oleh Mehmed II.
800 tahun itu bile? Tahun 1453 Masihi. Waktu itu, Kesultanan Melayu Melaka sudah teguh berdiri dengan Islam. Sultan masa itu namanya Sultan Muzaffar Shah. Percayalah, waktu itu nenek moyang abang-abang dan kakak-kakah sudah masuk Islam belaka.
Ape ke hey nye, dalam 800 tahun itu, tidak pernah mereka berputus asa?
Sebab MATLAMAT itu tadilah. Mereka berusaha meluaskan Islam, menyampaikan dakwah, dengan jalan laut sampai ke Melaka, dengan ketenteraan menawan kota megah Constantinople di tengah-tengah dunia, dengan Laluan Sutera sampai ke Tanah Besar China.
MATLAMAT kita telah lama digariskan Allah. Berpeganglah kepada ayat tadi, dan jadikan lah janji Allah tadi sebagai MATLAMAT kita.
Ate ape ke hey nye Yoep dan Yong oii! Kome pulak nak putus asa?
No comments:
Post a Comment