Wednesday, April 21, 2010

.:Lapan Belas:. Periksa


Syukur puji kepada Allah, selesai sudah salah satu peringkat peperiksaan akhir yang saya duduki.

Peperiksaan praktikal yang telah tamat hari ini, memberikan satu kelegaan yang hanya Allah, segala puji kepada-Nya, sahaja yang tahu.

Kepenatan yang dilalui, terasa begitu berbaloi apabila dapat dicurahkan segalanya di dalam ujian-ujian yang berlangsung. Tidak 100% terbaik, namun usaha yang telah dikerahkan moga mendapat rahmat daripada Tuhan supaya jumlah markah akhir nanti memberikan kecemerlangan.

Ameen.

Tenang hati, namun damai tidak kekal lama kerana dalam masa sebulan daripada sekarang, peperiksaan bertulis dan lisan pula akan berlangsung. Sepurnama untuk apa yang orang putih sebut sebagai 'study leave', moga-moga berkat masa memungkin saya memaksimumkan ulang kaji.

Bercerita sedikit tentang masa-masa lalu, mana tahu ada orang yang berminat, saya terkenang alam persekolahan.

Saya bukan orang yang paling rajin di Izzuddin Shah dahulu. Kawan-kawan saya jauh lebih gigih. Mereka sering berjaga sehingga awal pagi menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi guru, membuat latih tubi, berbincang dan sebagainya untuk berjaya di dalam peperiksaan.

Saya, hehe, tidur di kelas persediaan petang dan hanya bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah di sebelah malam sebelum ke kantin jam 10.30 untuk supper. Itupun, kerja sekolah selalu sahaja disalin daripada orang. Thanks to Syafiq, my best buddy, I managed to do lot of my works by copying from him. Haha.

'Saya tidak meniru buta, ok? Saya salin sambil berbincang dan memperbetulkan kesalahan, mana yang ada.'

Namun saya tetap bukan yang paling rajin mahupun yang paling gigih dalam kalangan rakan-rakan saya.

Dan saya harus mengubah tingkah laku itu, sebab saya pelajar medic!

p/s: Saya rasa semacam berjumpa kawan baru. Hurm, sudikah berkawan?

No comments:

Post a Comment