Ok, saya mengenali diri sendiri yang sememangnya mim-alif-lam-sin menulis, dan entri terakhir pun diterbit hampir beberapa bulan yang lalu.
Saya merancang sesuatu hari ini. Merancang untuk berubah. Merancang untuk memiliki kehidupan yang lebih sihat, dan lebih diredhai Allah.
Berat sekarang 99-100 kg, dan dengan tinggi 174 cm, Body Mass Index saya ialah 33.
33 adalah obesiti!
Saya sering menafikan diri sendiri, dengan menyatakan saya ialah seorang yang overweight, lebih berat badan dan bukan seorang obes. Tetapi sampai bilakah hendak menafikan hakikat diri yang boroi ini?
Sesuatu harus saya lakukan, saya kata kepada diri sendiri, jika hendak tampak tampan menawan, maka saya WAJIB kurang berat badan.
Dengan duit yang tidak seberapa hendak ada ini, saya membeli 50 tablet Glucophage atau nama generiknya Metformin, sejenis ubat antihyperglisemik yang digunakan untuk rawatan antidiabetik. Ubat ini tidak mengubah nilai insulin, sebaliknya mengurangkan resapan karbohidrat melalui usus, mengurangkan jumlah penghasilan gula di dalam darah oleh hati melalui proses glukoneogenesis, meningkatkan pengambilan gula di dalam darah oleh tisu badan dan menghasilkan penurunan jumlah gula di dalam badan secara keseluruhan.
Ubat ini digunakan oleh pesakit kencing manis, dan dicadangkan untuk digunakan kepada individu yang mengalami situasi pre-diabetik seperti saya, BMI yang tinggi serta jumlah gula di dalam darah yang juga tinggi.
Pada waktu ini, jumlah gula di dalam darah semasa tempoh puasa saya ialah 120 mg/dL. Julat normal jumlah gula di dalam daah semas atempoh puasa ialah antara 80-120 mg/dL. Maka, bacaan gula saya berada di dalam posisi sempadan tinggi (borderline high).
Ciri-ciri ini menjadikan saya seorang yang pre-diabetik. Saya WAJIB mengubah diet pemakanan saya, agar lebih berdisiplin, teratur dan sihat, serta tidak mengabaikan aspek senaman yang membantu pengambilan gula di dalam darah oleh tisu-tisu badan.
TUHAN, kuatkanlah diri ini. Hamba-Mu mengetahui bahawa manusia adalah insan yang lemah, tabahkan lah hati ini ya ALLAH!
No comments:
Post a Comment