Friday, May 7, 2010

.:Dua Puluh Satu:. Elhamdulillah

Saya rasa lega. Lega selepas dapat bercakap-cakap dengan seorang kawan.

Meluahkan apa yang terbuku di hati memang menyenangkan. Sesuatu perkara buruk yang disimpan hanya menimbulkan kegusaran.

Tetapi bukan semua orang boleh diceritakan pelbagai perkara. We are not asking for empathy here people. Just talk with friend you trust most.

InsyaALLAH, Tuhan akan merasionalkan fikiran anda dalam perbincangan dengan orang yang anda percayai dan akan melorongkan langkah kaki anda untuk melakukan perkara yang betul.

Moga-moga.

**********
Semalam selesai sudah satu program yang bagus. Acara yang menghimpunkan semua pelajar kemasukan 2007/2008 atau lebih dikenali sebagai 3rd Generation.

Bukan mudah untuk dikumpulkan semuanya dalam acara sosial sebegini.

Majlis dimulai dengan solat hajat, memohon kepada ALLAH kejayaan dalam peperiksaan yang kian hampir, juga memohon kebaikan dalam setiap perkara yang dilakukan, dan diikuti dengan munajat zikir memohon keampunan ALLAH.

Kemudian majlis diteruskan dengan sesi Sharing is Caring, melalui perkongsian oleh beberapa pelajar yang paling menonjol dalam kalangan batch ini. Sesi yang sangat bagus saya kira, kerana banyak perkara yang tidak terfikir dek fikiran orang-orang biasa dikongsi oleh mereka yang bagus ini.

Seterusnya Senior Hakim Hamsari menyampaikan slot motivasi, dengan menekankan peri pentingnya matlamat yang dilaksanakan dengan perancangan yang berkesan. Terima kasih Brother Hakim.

Sesi Maafi (nama yang diberikan oleh Ketua Batch) merupakan sesi terakhir. Pelajar diminta bersalam-salaman sesama mereka, sambil memohon kemaafan dan menitipkan motivasi dan doa. Terharu sungguh dengan rakan-rakan, yang sebenarnya, InsyaALLAH, sentiasa mengharapkan kejayaan satu sama lain.

**********
Satu tips yang hendak dikongsi hari ini, diberikan oleh kawan tadi.

Jika kamu takut mengulangi sesuatu dosa yang kamu lakukan, kerana kamu bersungguh-sungguh bertaubat kepada-Nya, cuba kamu rasakan yang dosa itu sesuatu yang MEMBOSANKAN.

Bukankah kita tidak mahu lakukan sesuatu yang bosan, sebagai contoh, menonton filem Yasmin Ahmad?










No comments:

Post a Comment