Monday, May 31, 2010

.:Dua Puluh Dua:. Qunut Nazilah

Dahulu kala di sekolah menengah selalu sangat baca qunut nazilah; kadang-kadang selit dicelah-celah qunut Subuh, selalu juga ketika I'tidal tadah tangan memohon kepada Allah dengan lafaz doa ini juga di dalam solat-solat lain. Pendek kata, ramailah yang hafal.

Jadi kepada kalian, cuba hafal qunut di bawah, praktiskan dalam doa-doa atau solat (solat pun daripada segi bahasa bererti doa juga)!

Tambah-tambah Yahudi sedang dengki sangat dengan sukarelawan ke Gaza sekarang ini.

Friday, May 7, 2010

.:Dua Puluh Satu:. Elhamdulillah

Saya rasa lega. Lega selepas dapat bercakap-cakap dengan seorang kawan.

Meluahkan apa yang terbuku di hati memang menyenangkan. Sesuatu perkara buruk yang disimpan hanya menimbulkan kegusaran.

Tetapi bukan semua orang boleh diceritakan pelbagai perkara. We are not asking for empathy here people. Just talk with friend you trust most.

InsyaALLAH, Tuhan akan merasionalkan fikiran anda dalam perbincangan dengan orang yang anda percayai dan akan melorongkan langkah kaki anda untuk melakukan perkara yang betul.

Moga-moga.

**********
Semalam selesai sudah satu program yang bagus. Acara yang menghimpunkan semua pelajar kemasukan 2007/2008 atau lebih dikenali sebagai 3rd Generation.

Bukan mudah untuk dikumpulkan semuanya dalam acara sosial sebegini.

Majlis dimulai dengan solat hajat, memohon kepada ALLAH kejayaan dalam peperiksaan yang kian hampir, juga memohon kebaikan dalam setiap perkara yang dilakukan, dan diikuti dengan munajat zikir memohon keampunan ALLAH.

Kemudian majlis diteruskan dengan sesi Sharing is Caring, melalui perkongsian oleh beberapa pelajar yang paling menonjol dalam kalangan batch ini. Sesi yang sangat bagus saya kira, kerana banyak perkara yang tidak terfikir dek fikiran orang-orang biasa dikongsi oleh mereka yang bagus ini.

Seterusnya Senior Hakim Hamsari menyampaikan slot motivasi, dengan menekankan peri pentingnya matlamat yang dilaksanakan dengan perancangan yang berkesan. Terima kasih Brother Hakim.

Sesi Maafi (nama yang diberikan oleh Ketua Batch) merupakan sesi terakhir. Pelajar diminta bersalam-salaman sesama mereka, sambil memohon kemaafan dan menitipkan motivasi dan doa. Terharu sungguh dengan rakan-rakan, yang sebenarnya, InsyaALLAH, sentiasa mengharapkan kejayaan satu sama lain.

**********
Satu tips yang hendak dikongsi hari ini, diberikan oleh kawan tadi.

Jika kamu takut mengulangi sesuatu dosa yang kamu lakukan, kerana kamu bersungguh-sungguh bertaubat kepada-Nya, cuba kamu rasakan yang dosa itu sesuatu yang MEMBOSANKAN.

Bukankah kita tidak mahu lakukan sesuatu yang bosan, sebagai contoh, menonton filem Yasmin Ahmad?










Sunday, May 2, 2010

.:Dua Puluh:. Sendiri

Puja puji hanya kepada Allah, Tuhan Yang Satu.

Jujur untuk saya katakan, motivasi dan perasaan saya tika masa dan saat ini ialah yang paling rendah saya alami dalam tahun akademik ini.

Allah...Allah...

Jumaat lepas, saya menghabiskan sejumlah besar wang dan masa, juga tenaga, memasak banyak-banyak, waima saya tidak tahu pun siapa yang akan menghabiskan semua makanan yang disediakan.

Seriously, saya memasak memang banyak. Cukup untuk 15 korum!

Akhirnya, saya menyuruh sahaja ahli rumah menjemput jiran kami, untuk menikmati hasil tangan itu. Seronok tengok mereka makan. Berbaloi. Hilang seketika perasaan inferiority complexes yang dialami.

(Sebab dipuji hidangan yang sedap? Entah lah. Puji-pujian dipulang kepada Allah jua)

Peperiksaan saya dianjakkan lagi jadualnya. Kali ini, lebih lambat lagi. Ada 40 hari lagi sebelum kertas pertama menjengah.

Itulah punca rendahnya semangat saya. Salah satu punca.


Perubahan jadual peperiksaan akhir untuk kali yang keEMPAT (ke-4) ini mewujudkan perasaan uncertainty dalam diri saya. Uncertainty kerana ini ialah kali keempat, dan perubahan kali ini ialah terpelik dalam sejarah Fakulti Perubatan, maka saya beranggapan selepas ini mungkin ada perubahan lagi.

Saya sudah LETIH, MELUAT DAN GETIK dengan perubahan yang terbaru. Cukup. Enough is enough. Tak payah hendak ditukar-tukar lagi.

Kawan-kawan, STOP COMPLAINING! This is the time that we should GET OURSELVES OUT FROM THE COMFORT ZONE WE HAVE BEEN IN FROM THE FIRST DAY WE ARRIVED IN EGYPT.

Dahulu-dahulu, jadual digubal dalam keadaaan wujud jela masa yang panjang antara satu kertas dengan kertas yang lain, konon-kononnya supaya jarak masa itu digunakan sebagai masa untuk persediaan kertas yang seterusnya.

Inilah comfort zone yang saya maksudkan. Kita seolah-olah dilalaikan dengan perasaan "Tidak mengapa, masa ada berbaki untuk aku study" oleh sebab jela masa yang panjang itu.

MAKANYA, kita sering berlengah-lengah. Saya lah itu yang suka juga berlengah-lengah.

Sekarang, dengan penggubalan jadual waktu baru yang lebih mencekik, kita reda sahaja lah. Jika hendak ditukar lagi jadual kembali seperti jadual sebelumnya, sudah agak terlambat sebab hari ini sudah masuk hari kedua bulan Mei. Jadi tinggal 22 hari sahaja lagi untuk menghadam subjek pertama yang besar jumlah markahnya.

Biarkan sahaja jadual yang paling terkini untuk diimplementasikan. Dengan itu ada 40 hari lagi, dan saya berdoa saya dan kawan-kawan mampu menggunakan masa yang berbaki untuk membuat persediaan.

Saya bersimpati dengan pelajar yang terpaksa menduduki peperiksaan berturutan hari. Saya tahu anda mampu menggunakan peluang study leave yang panjang ini. Doa saya untuk kalian. Walau berturut hari, namun kalian tetap mampu melakukannya dan lulus cemerlang.
Percayalah pada diri sendiri.

Sekali lagi, inilah masanya untuk kita keluar daripada zon selesa kita! Menjadi doktor mengajar untuk mengejar masa, bukan berlengah.

Pernah tengok Grey's Anatomy? Sedikit terlewat Karev menghantar darah, pesakit tumor pun mati atas meja pembedahan!

Biarlah jadual begitu, bak kata kawan, perubahan itu daripada Allah jua, manusia hanya sebagai instrumen. Makanya, ada hikmah di situ yang Allah tidak singkapkan untuk kita!

Mari keluar dari zon selesa ini! Doakan saya untuk terus bersemangat dan rajin belajar. Doa saya untuk kalian, Allah akan mempermudahkan urusan!