Wednesday, April 28, 2010

.:Sembilan Belas:. Berniaga Biar Jadi Jutawan

Eh, kamu hendak berniaga sampai jadi jutawan?

Baguslah. Yang penting hidup kamu secara sederhana, tidak menunjuk-nunjuk mewah, takut-takut perbelanjaan melebihi pendapatan. Nanti susah di kemudian hari.

Dan jangan pula berniaga secara tidak semenggah.

Begini:

Formula 1:

Peluang perniagaan orang lain diperlekeh-lekehkan dan diburuk-burukkan. Biasalah di dalam perniagaan, persaingan pasti wujud. Sikap iri hati dan cemburu tidak boleh dielakkan. Namun jangan disalurkan perasaan menjadi kelakuan dengan memburuk-burukkan peniaga lain. Peluang sama rata lah. Siapa yang lebih promosi, servis bagus, orang pun tertarik, dapatlah kamu tender!

Jangan dibuat perangai tidak cukup jantan ini,

Formula 2:

Buat-buat prihatin dengan masyarakat sekeliling, melalui medium politik. Tak kira lah masuk UMNO, atau berjuang dalam PAS jika di Kelantan, konon-kononnya mudah untuk mendapat tender berniaga. Saya seronok anda hendak membela rakyat melalui politik. Sekurang-kurangnya, amai rakyat boleh mohon derma anak hendak masuk universiti. Tetapi dengan niat hendak rebut tender, tak usah lah. Perbetulkan niat dahulu, bertanding atas gelanggang tanah yang sama rata, dan rezeki hasil perniagaan, kongsi dengan masyarakat.

Formula 3:

Saya belum jumpa lagi.

Huhu.

Eh, baru teringat! Berniaga dengan 'duit yang lalu di bawah meja'. Ada cerita yang saya dengar. Cerita betul pun. Namun tidak boleh diceritakan di sini. Again, please lah! Bersainglah dalam perniagaan di atas gelanggang yang sama rata!

**********

Apa yang saya hendak bincangkan hanyalah 'strategi' perniagaan yang melibatkan persaingan dengan peniaga lain. Saya tidak menyentuh mengenai keupayaan peniaga seperti tadbir urus korporat yang bagus, aliran tunai yang lancar atau mesra pekerja. Itu semua tanggungjawab di dalam perniagaan.

Saya menulis sekadar berasa kesal di dalam hati, dengan apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan. Dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang ayahnya kini menjalankan perniagaan, mendedahkan saya kepada perilaku-perilaku sebegini.

Ibu dan Ayah saya kata, jangan kamu terlibat dengan benda-benda sebegini, takut-takut rezeki tidak berkat, sebab rezeki itulah yang hendak bagi keluarga makan dan anak bersekolah. Kalau Tuhan tidak membalas di Akhirat, takut-takut Tuhan balas di dunia dengan keluarga yang tidak harmoni, atau anak-anak yang 'tidak menjadi'.

Tuhan, aku bersyukur kepada Engkau dengan limpahan rahmat-Mu kepada keluarga kami.

Ameen.

Wednesday, April 21, 2010

.:Lapan Belas:. Periksa


Syukur puji kepada Allah, selesai sudah salah satu peringkat peperiksaan akhir yang saya duduki.

Peperiksaan praktikal yang telah tamat hari ini, memberikan satu kelegaan yang hanya Allah, segala puji kepada-Nya, sahaja yang tahu.

Kepenatan yang dilalui, terasa begitu berbaloi apabila dapat dicurahkan segalanya di dalam ujian-ujian yang berlangsung. Tidak 100% terbaik, namun usaha yang telah dikerahkan moga mendapat rahmat daripada Tuhan supaya jumlah markah akhir nanti memberikan kecemerlangan.

Ameen.

Tenang hati, namun damai tidak kekal lama kerana dalam masa sebulan daripada sekarang, peperiksaan bertulis dan lisan pula akan berlangsung. Sepurnama untuk apa yang orang putih sebut sebagai 'study leave', moga-moga berkat masa memungkin saya memaksimumkan ulang kaji.

Bercerita sedikit tentang masa-masa lalu, mana tahu ada orang yang berminat, saya terkenang alam persekolahan.

Saya bukan orang yang paling rajin di Izzuddin Shah dahulu. Kawan-kawan saya jauh lebih gigih. Mereka sering berjaga sehingga awal pagi menyiapkan kerja-kerja sekolah yang diberi guru, membuat latih tubi, berbincang dan sebagainya untuk berjaya di dalam peperiksaan.

Saya, hehe, tidur di kelas persediaan petang dan hanya bertungkus-lumus menyiapkan kerja sekolah di sebelah malam sebelum ke kantin jam 10.30 untuk supper. Itupun, kerja sekolah selalu sahaja disalin daripada orang. Thanks to Syafiq, my best buddy, I managed to do lot of my works by copying from him. Haha.

'Saya tidak meniru buta, ok? Saya salin sambil berbincang dan memperbetulkan kesalahan, mana yang ada.'

Namun saya tetap bukan yang paling rajin mahupun yang paling gigih dalam kalangan rakan-rakan saya.

Dan saya harus mengubah tingkah laku itu, sebab saya pelajar medic!

p/s: Saya rasa semacam berjumpa kawan baru. Hurm, sudikah berkawan?

.:Tujuh Belas:. Berpuisi-puisian

Ku melangkah setapak,
Terhenti hanya untuk menoleh ke belakang,
Warna-warna hidup silih berganti,
Mengimbas satu-persatu derap kaki ini.

Tuhan,
Aku rasa hina.
Tiada aku layak mengecap nikmat-Mu,
Tanpa kulafazkan syukurku.

Alur air itu tenang,
Setenang air harmoninya alam.
Beralun perlahan membuih indah.
Jika tinggi berombak punahlah segala.

Friday, April 16, 2010

.:Enam Belas:. Kamu


A friend of mine, as I knew him early when I was schooling in SIS, wrote this lovely prayer. I really like it, as it tells you what a brotherhood means.

"O God bless him whenever he is, and keep him in the path towards You.
O God if you want to make him suffer let him suffer in thinking of You alone, or You let me suffer as well.
O God bless him with friends better than I could offer myself to him, love I wish I myself could attain and affection the whole humanity could offer throughout this tedious journey of his.
O God let people love him more than how I was loved, and let him burn in the sweet thoughts of Your Grace.
O God when he is in confusion, lend him Your Hands of Blessings, O God when he is in pain, send him Elixir of Serenity, O God when he is sad, remove his sadness and let me feel it instead.
O God when he is alone, send him Joy, O God when he is troubled, send him Light, O God when he is angry, send him Consolation."


p/s: May God The Almighty bless you and him as well.

Saturday, April 10, 2010

.:Lima Belas:. Ate Kome Pulak Nak Putuih Ase?

Semasa mesyuarat bulanan UPI yang lalu, saya telah memberikan tazkirah impromptu kepada AJK yang lain, dan izinkan saya mencoret kembali dengan penjelasan yang lebih lanjut buat tatapan pembaca.

*************

Abang-abang dan kakak-kakak,


Suatu ketika, ini zaman dahulu kala lah, tatkala Islam belum sampai ke Nabi Muhammad lagi, masyarakat Arab waktu itu sungguh-sungguh berada dalam kejahilan. Jahil sungguh lah kata orang, sebab ilmu apa pun tak da. Berniaga menipu, nasib pakai tilik, wanita macam hamba, anak perempuan dibunuh.


Nasib baik mereka ini pandai navigasi guna bintang, kalau tidak, terperuk lah duduk di Mekah, hendak berniaga pun tak tahu macam mana hendak ke Syam.


Waktu itu, suku Quraish menjadi pimpinan di Mekah. Mereka ini orang-orang terhormat.


Dan daripada keturunan terhormat ini lah, lahir Muhammad s.a.w.


Abang-abang dan kakak-kakak,


Cuba kita renung sat, rupa mana lah Nabi Muhammad harus berdakwah kepada masyarakat yang bahasa kasarnya, bodoh lah. Bukan jahil itu serupakah maknanya dengan bodoh.


Dan apa yang menyebabkan jumlah penganut hanya dalam kalangan kaum keluarga, sahabat handai yang kita panggil as-Sabiqun al-Awwalun ini, akhirnya penganut Islam kini merupakan agama kedua terbesar di dunia?


Kerana mereka mempunyai MATLAMAT.


Abang-abang dan kakak-kakak,


Cuba ingat kembali, dialog Nabi Muhammad dengan Abu Talib, sewaktu Abu Talib meminta Nabi Muhammad berhenti berdakwah. Apa kata Nabi?


“ Andai matahari kau letakkan di tangan kananku, bulan pula ditangan kiriku, bagiku untuk melepaskan beban yang kubawa ini, sekali-kali tidak”


Fikirkan, mengapa Nabi tidak mahu berhenti menyebarkan Islam, sedangkan orang sudah menawarkan jawatan pemerintah Mekah, harta dan perempuan kepada Nabi?


Kerana Nabi Muhammad, dan kaum Muslim itu percaya dengan,


“ Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.


Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji (Allah), yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu”. (At- Taubah 111-112)


Abang-abang dan kakak-kakak,


MATLAMAT mereka ialah kehidupan abadi di Akhirat, bersama-sama Tuhan yang menciptakan mereka. Matlamat mereka ialah mengejar kesenangan syurga, berbanding keindaha
n hidup di dunia.


Ingatkan kisah pemulauan terhadap orang Islam selama tiga tahun di Mekah?


Mereka sungguh-sungguh terus kekal kepada kepercayaan dengan Tuhan yang satu, sedikit pun iman mereka tidak goyah, walau dipulau masyarakat sekeliling, sampai makanan apa pun tak da.


Abang-abang dan kakak-kakak,

Mereka percaya Islam akan menang, dan untuk itu perlu untuk mereka mengembangkan Islam.


Ingat balik waktu perang Khandaq, Nabi Muhammad memukul batu be
sar, dan terpancar cahaya daripada batu tersebut. Lalu Nabi sebut, yang Baginda nampak Islam akan menawan Constantinople.


Ape ke hey nye, abang-abang dan kakak, bayangkan kita tengah dok gali parit nak lawan kafir di benteng negeri sendiri, mampukah kita nak tawan kota terbesar di dunia pada waktu itu?

Tetapi orang Islam ini percaya, dan yakin, sebab MATLAMAT mereka ialah mendapatkan apa yang dijanjikan Allah dalam ayat di atas.


Mereka mencuba dan mencuba, dimulai dengan kesungguhan Abu Ayyub al-Ansari, dan hanya selepas 800 tahun, ye abang-abang dan kakak-kakak, selepas 800 tahun, baru Constantinople berjaya ditawan oleh Mehmed II.


800 tahun itu bile? Tahun 1453 Masihi. Waktu itu, Kesultanan Melayu Melaka sudah teguh berdiri dengan Islam. Sultan masa itu namanya Sultan Muzaffar Shah. Percayalah, waktu itu nenek moyang abang-abang dan kakak-kakah sudah masuk Islam belaka.


Ape ke hey nye, dalam 800 tahun itu, tidak pernah mereka berputus asa?


Sebab MATLAMAT itu tadilah. Mereka berusaha meluaskan Islam, menyampaikan dakwah, dengan jalan laut sampai ke Melaka, dengan ketenteraan menawan kota megah Constantinople di tengah-tengah dunia, dengan Laluan Sutera sampai ke Tanah Besar China.


MATLAMAT kita telah lama digariskan Allah. Berpeganglah kepada ayat tadi, dan jadikan lah janji Allah tadi sebagai MATLAMAT kita.


Ate ape ke hey nye Yoep dan Yong oii! Kome pulak nak putus asa?



Friday, April 9, 2010

.:Empat Belas:. Pecah Kaca Pecah Gelas

Sekadar kemas kini (baca:update) ringkas.

Saya hendak beritahu, masa-masa begini, masa apabila terasa sungguh peperiksaan semakin hampir, hati ini sangat fragile. Fragile lah, maksudnya, rapuh kot, atau mudah pecah.

Bahkan, lebih rapuh (baca: fragile) berbanding kaca, yang tertulis terlekat di kotak yang emak-emak kalian membeli set pinggan mangkuk di Langkawi itu lah.

Nasib baik hidup ini ada agama. Kalau tidak....

Thursday, April 1, 2010

.:Tiga Belas:. Sehari-hari

Kalau tidak tahu apa yang hendak dimasak, cubalah menu di bawah.

Roti Perancis (French Toast)


Bakar sahaja sekeping dua roti, goreng sedikit jejari kentang, sosej dan goreng tanpa minyak di atas pan sebiji telur (goreng sebelah bawah sahaja). Hidangkan dengan sos lada hitam.

Senangkan?

Sos lada hitam juga sangat senang untuk dibuat. Goreng 2-3 ulas bawah putih cincang dengan 4 sudu besar minyak sehingga perang, kemudian gorengkan 3 sudu besar tepung gandum, juga sehingga perang, seterusnya tambah 2 cawan air dan 1 sudu besar lada hitam. Tambahkan 1 sudu kicap soya pekat dan perasakan dengan stok ayam juga garam dan lada sulah. Masak sehingga kuah pekat. Kisar kuah tadi untuk menghasilkan sos yang tidak berketul-ketul.
Siap.

***********

Duduk di Mesir, dengan sumber kewangan yang terhad, mencari makanan boleh juga dikatakan sukar. Untuk menjimatkan perbelanjaan, memasak sendiri adalah pilihan yang bijak.

Tetapi oleh kerana masa yang terpaksa diperuntukkan untuk memasak kekadang mengambil tempoh yang lama, pening juga untuk mencari menu yang mudah, senang dan cepat disediakan.

Paling mudah bagi kami, Spaghetti Bolognese. Semua kami mengetahui cara-cara memasak makanan Itali ini.

Tetapi jika perut Melayu, mahu tidak mahu nasi juga yang dicari. Paling mudah, sangat mudah, Nasi Goreng Cina. Tibailah dengan lauk apa pun, tidak kisah. Yang penting, nasi!

Namun, keinginan nafsu untuk menikmati sesuatu yang susah untuk diperoleh di Mesir ini membuatkan hati selalu teringin memasak hidangan yang istimewa.

Contohnya, apam balik.


Pernah juga rumah ini dihidangkan dengan Chicken Chop.

Kebelakangan ini kami sudah jenuh menikmati kek keju buatan sendiri. Rasa seperti jika pulang ke Malaysia, sudah tidak teringin hendak menikmati kek keju di Secret Recipe lagi.



Begitulah kadang-kadang cara kami melayan keinginan perut di sini. Namun kebiasaanya, nasi juga yang dimasak. Malas-malas, beli sahaja ayam bakar golek dan makan dengan kari sardin. Lagi mudah.

*******

Mode memasak tiba!