Friday, January 1, 2010

.:Sebelas:.Sweeping (dedicated for this new year ahead)

Salam.

Jenuh berjalan, berhabuk sudah blog ini.
Haruslah, masa ada tetapi tiada kerajinan hendak mengemas kini blog sendiri.

Jadi, hari ini saya hendak menyapu (sweep) habuk-habuk itu.

*********

Sekarang Mansoura makin sejuk. Dan tahun baru Hijrah 1431 dan Masihi 2010 datang dalam keadaan saya menggigil-gigil menahan kesejukan di dalam comforter.

Oleh kerana kedua-dua tahun baru ini datang dalam jarak masa yang sangat dekat, makanya saya hendak mengambil kesempatan ini untuk bermuhasabah lah.

1430 dan 2009 bermula dengan kepungan dan serangan ke atas Gaza oleh Israel. Sekurang-kurangnya, saya turut berkongsi keperitan di Gaza apabila rumah saya di sini turut mengalami krisis gas asli. Hahaha. Berminggu-minggu tanpa gas memasak, periuk nasi elektrik menjadi mangsa.

Dari segi akademik, terus-terang, saya tidak berada dalam situasi yang sangat memuaskan hati (baca:Mumtaz). Kena juga leter dengan mak ayah di Malaysia. Namun, wujud juga rasa seronok dengan dunia pelajaran dan peperiksaan yang diikuti. Sekurang-kurangnya, kehadiran saya untuk belajar turut dihargai orang lain. Dan untuk itu, saya amat berterima kasih. Dan terima kasih juga yang sama-sama membantu untuk saya terus berjuang dalam dunia intelektual ini.

Namun, sesi akademik baru yang bermula 3 bulan lepas membawa banyak perubahan. Universiti mengaplikasikan takwim yang lebih padat dengan peperiksaan dan ujian, serta banyak jabatan yang mulai menerapkan aktiviti pembelajaran terkini selain daripada kaedah tradisional yang mereka guna zaman-berzaman.

Pening juga menghadapi semua perubahan Universiti. Serius, PENING. Dengan bunyi marmar yang dipotong dan gerudi menembusi dinding, perubahan pada kaedah pembelajaran adalah sesuatu yang terpaksa diadaptasi. Selamat tinggal ya masa-masa lenggang menonton movies!

Saya perlu beritahu. Ini rahsia. Medic ini, sangat susah.

Tetapi seronok.

oh Facial Nerve!

Oh, sebut pasal mak ayah dekat atas tadi, tahun 2009 ialah tahun di mana saya tidak pulang ke Malaysia. Jadi setahun tidak berjumpa dengan keluarga. Rindu lah. Kadang-kadang apabila pening/tension=stress, bertambah lagi keinginan untuk bersama keluarga.

Namun, tidak pulang ke Malaysia memberikan satu pengalaman baru, berpuasa Ramadhan dan menyambut lebaran di sini. Ada seronok, ada bahagia mencicipi momen yang unik ini buat pertama kalinya.

Saya juga berpeluang menjadi aktivis dan tentunya aktif untuk beberapa kerat organisasi mahasiswa di sini. Banyak yang dipelajari. Susah senang dan suka duka mengendalikan atau menghadiri program serta menyempurnakan perancangan yang diatur memberi ilmu yang suatu hari menjadi bekal untuk menghadapi hari-hari mendatang. Percayalah, penglibatan anda dalam aktiviti sebegini membentuk diri anda. Saya merasainya sendiri dan saya lihatnya pada orang lain juga.


Paling menarik tahun ini, ialah pembikinan Hibrul Ummah. Terima kasih kepada team saya. Akhawat, korang semua memang dedikasi buat kerja. Azizi Jusoh, memang dipujilah. Tahun ini, Azizi pula jadi boss saya. Huhu. Ibrahim yang sudah letak jawatan, memang cun lah design untuk Hibrul Ummah. Patut tahun ini nak join UPP.

Banyak perkara yang saya tidak senang namun saya hadapi. I have to admit that there are several things that I regret. Sekurang-kurangnya, saya tahu di mana saya terjatuh dan apakah yang harus saya lakukan untuk bangun kembali.

Tahun 1430 dan 2009, tahun yang harus saya syukuri.
Tahun yang harus juga saya mohon ampun dengan Tuhan saya.

Dan tahun 1431/2010, saya mohon dengan Tuhan saya agar saya kuat dan tabah.

كل سنة انت طيب shanah tova שָׁנָה טוֹבָה Happy New Year!!!!